Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tim Cook Akui Yang Apple Sedang Membina ‘Otak’ Untuk Kereta Panduan Sendiri Mereka

Tim Cook Akui Yang Apple Sedang Membina ‘Otak’ Untuk Kereta Panduan Sendiri Mereka

Diterbitkan Jun 14, 2017 oleh Wiser MY

Dalam satu temubual bersama Bloomberg, Tim Cook secara rasmi berkongsi maklumat tentang syarikat Cupertino itu dalam teknologi kereta panduan sendiri.

Selalunya, Apple akan tidak memberi sebarang maklumat tentang projek yang mereka sedang usahakan melainkan jika projek itu sudah bersedia untuk dipasarkan.

Tetapi dengan beberapa laporan bertarikh pada tahun 2015 hingga kini membayangkan gergasi teknologi itu sedang terlibat dengan teknologi kereta panduan sendiri.

Cook tidaklah memberitahu secara terperinci mengenai projek syarikat itu cuma memberitahu 3 faktor utama yang akan mengubah industri automobil-kereta panduan sendiri, kereta elektrik dan servis pengangkutan seperti Uber dan Grab-dan ia berkata mereka sedang fokus dengan sistem panduan sendiri.

Apple pula mempunyai pesaing dalam kategori AI seperti Google dan Amazon dan dengan pelancaran HomePod menunjukkan mereka mahu bersaing dalam segmen itu.

Apple juga sudah pun menguji sistem panduan sendiri mereka di jalan-jalan awam di California namun sejauh mana teknologi itu sudah bersedia untuk dikomersialkan masih lagi menjadi tanda tanya.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY