Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keluaran iPhone Akan Datang Mempunyai Ciri Pengecasan Tanpa Wayar Dua Hala

Apple Dilaporkan Menyiasat Kebocoran Skematik CAD Produk Mereka

Diterbitkan Julai 18, 2019 oleh ariff bukhari

Mereka juga turut mengurangkan pekerja dibahagian kerahsiaan produk.

Laman The Information melaporkan bahawa Apple dalam usaha menjejaki insiden yang menyebabkan berlakunya kebocoran imej-imej skematik CAD bagi produk-produk yang masih belum diperkenalkan mereka kepada umum, khususnya iPhone.

Kebocoran skematik CAD tersebut telah menyebabkan pihak ketiga telah lebih dulu menghasilkan aksesori bagi iPhone yang masih belum dilancarkan. Ia berikutan terdedahnya rekaan skematik CAD bagi model iPhone 11 yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.

The Information juga mendedahkan pernah berlaku di mana pada era model iPhone 5c dahulu, seorang pekerja kilang yang menghasilkan peranti tersebut didapati telah menggali terowong bagi membolehkannya menyeludup keluar komponen perkakasan peranti tersebut dari kilang.

Sejak itu, Apple telah mengambil langkah yang lebih ketat dan berjaya menangani masalah ini daripada berulang. Malah mereka juga dilaporkan telah mengurangkan staf di bawah pasukan yang dikenali sebagai New Product Security Team bagi mengelakkan rahsia produk mereka daripada mudah terdedah.

Tetapi kini terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa rahsia produk-produk Applem lebih banyak terbocor daripada ibu pejabat mereka sendiri, Apple Park yang terletak di Cupertino, California, berbanding dari kilang-kilang pengeluaran produk mereka.

Ini kerana mereka sukar menyekat daripada fail-fail skematik CAD dari diambil gambar dan disebarkan tanpa menyedari siapa pelakunya.

Sumber: 9TO5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY