Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apa Itu AP Set, Recond Set Dan Original Set?

Apple Dilaporkan Akan Melancarkan Versi Terbaru iPhone 8 Pada Mac 2020

Diterbitkan April 22, 2019 · Dikemas kini April 22, 2019 oleh ariff bukhari

Mungkin iPhone 8 adalah kategori terbaru telefon pintar bajet dari Apple, tapi…

Menurut laporan dari Economic Daily News (EDN), Apple dikatakan akan melancarkan versi terbaru iPhone 8 dalam bulan Mac tahun hadapan.

Laporan itu menyatakan iPhone tersebut akan kekal menggunakan skrin LCD bersaiz 4.7″, kamera tunggal di belakang serta mengekalkan butang Home. Tetapi cip pemprosesannya dijangka akan dinaik taraf kepada Apple A13 dan storan berkapasiti 128GB.

Laporan tersebut adalah berdasarkan sumber daripada Fubon Securities Investment Trust yang berpangkalan di Taiwan.

iPhone 8 telah dilancarkan pada September 2017 lalu bersama iPhone 8 Plus yang bersaiz 5.5′ serta iPhone X. iPhone 8 berharga dari RM3649.00 ketika ia mula dilancarkan.

Jika ura-ura ini benar, maka iPhone 8 bolehlah dikategorikan sebagai telefon pintar bajet dari Apple, bukan lagi iPhone SE.

Sungguhpun ia akan dikategorikan sebagai iPhone bajet, tetapi harganya dijangka akan berada dalam lingkungan harga jualannya sekarang iaitu RM2,899.00. Jadi, taklah bajet sangat.

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY