Ura-Ura Mengatakan Apple Akan Perkenalkan iPhone XE Pada Tahun Ini

Ia dijangka dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 5.42" dan mengekalkan rekabentuk iPhone SE. Legasi iPhone SE mungkin...


Khabar angin tentang iPhone SE 2 sebenarnya telah mula sejak tahun 2017 lagi, iaitu setahun selepas ia diperkenalkan pada Mac 2016 dahulu.

Ura-ura tentangnya berterusan setiap tahun sehinggalah kini. Namun ia tidak juga muncul-muncul.

Tetapi iPhone 'bajet' dari Apple ini berkemungkinan besar dijangkakan akan muncul dalam tahun ini berdasarkan perincian terbaru dari pembekal perkakasan iPhone baru-baru ini.

Menurut sumber yang rapat dengan kemudahan perkilangan Foxconn di India, iPhone tersebut dikatakan akan dikilangkan di India dan ia tidak dipanggil sebagai iPhone SE 2.

Sebaliknya dipanggil dengan nama iPhone XE.

iPhone itu dikatakan akan menggunakan rekaan skrin serta perkakasan yang hampir sama sepertimana model iPhone X dan XS.

Bermakna skrin iPhone tersebut akan menggunakan jenis paparan OLED dengan rekaan takuk (rekaan yang sudah lapuk ditelan zaman), teknologi imbasan wajah dan dikuasakan oleh cip Apple A12 Bionic.

Manakala kamera belakangnya masih kekal menggunakan jenis kamera tunggal 12MP dan mengekalkan rekabentuk yang sama sepertimana model iPhone SE.

Jika nama iPhone SE diubah kepada XE semamangnya tidak menghairankan kerana Apple telah mula menamakan model iPhone mereka bermula dengan X.

iPhone XE dijangka akan diperkenalkan Apple pada September 2019 ini dengan 2 lagi model terbaru iPhone nanti.

Jika tahun lepas 3 model iPhone diperkenalkan iaitu model iPhone XR (6.1"), iPhone XS (5.8") dan iPhone XS Max (6.5").

Tetapi untuk tahun ini, mungkin 3 model iPhone dengan nama serta saiz terbaru akan diperkenalkan Apple iaitu iPhone XE (5.42"), iPhone XI (6.06") dan iPhone XI Plus (6.67")

Ia berdasarkan kepada laporan digitimes bahawa Apple merancang untuk melancarkan 3 model iPhone 2020 yang bersaizĀ 5.42", 6.06" and 6.67".

Imej utama: Youtube

Sumber: Forbes