Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Menggantung Sementara Program Yang Membenarkan Pekerja Mereka Mendengar Perbualan Rakaman Siri

Apple Dilapor Menukarkan Arahan Suara Siri Daripada “Hey Siri” Ke “Siri” Sahaja

Diterbitkan November 7, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Apple dikatakan sedang dalam proses untuk membuat sebuah perubahan yang agak besar di mana mereka akan menukar pengaktifan Siri daripada perkataan “Hey Siri” kepada “Siri” sahaja.

Pembuangan satu perkataan nampak seperti kecil namun ia merupakan kerja yang berat untuk para juruteknik Apple.

Ia merupakan suatu cabaran teknikal yang memerlukan beberapa latihan AI serta dasar kerja kejuruteraan untuk dilakukan.

Berkaitan

  • Rangkaian 5G Pada iPhone? Ini Jawapan U Mobile
  • PayPal Dan Venmo Bakal Disokong Melalui Apple Pay
  • Apple Belum Bersedia, iPhone 15 Dijangka Kekal Guna Cip Modem 5G Qualcomm
  • Google Street View Akan Ditamatkan Tahun Hadapan, Pengguna Diminta Beralih Ke Google Maps
  • Disebabkan Covid-19, Pengeluaran Siri iPhone 14 Pro Kini Agak Perlahan

Beberapa percubaan telah dilakukan di kalangan pekerja sahaja. Ianya adalah untuk mengumpul data-data yang perlu sepanjang latihan.

Terdapat beberapa halangan yang perlu dilalui sepanjang latihan AI berlangsung di mana Siri perlu memahami sepenuhnya arahan suara dari pelbagai jenis dialek dan loghat.

Sementara itu, Apple juga dalam proses untuk menaik taraf beberapa aspek dalam Siri. Ini adalah termasuk ciri integrasi ke dalam aplikasi dan servis pihak ketiga. Dengan itu, Siri akan menambah baik kebolehannya untuk memahami pengguna dan juga arahan yang diberikan.

Perubahan ini telah dilakukan untuk beberapa bulan dan dijangka akan dilancarkan pada 2024 bergantung kepada perkembangan melalui percubaan sistem berkenaan.

Sumber: 9To5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY