Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Dilapor Mahu Tawar Fungsi Pantau Kesihatan Mental

Posted on September 22, 2021

Walaupun produk Apple sering tampil dengan rekaan yang dikitar semula tetapi mereka sentiasa mahu memberikan sesuatu melalui peranti mereka terutama dari segi ciri kesihatan.

Ia juga sendiri dapat dilihat pada iOS 15 yang sudah dilepaskan kepada umum semalam. Terbaru, laporan Wall Street Journal menyatakan Apple mahu menawarkan fungsi untuk memantau kesihatan mental pengguna.

Caranya adalah untuk menggunakan data yang dikumpulkan daripada iPhone dan Apple Watch. Data itu merangkumi mobiliti, corak tidur, analisis ekspresi wajah serta kadar degupan jantung dan pernafasan.

Kesemua data tersebut hanya tersimpan di peranti pengguna sahaja dan tidak akan dihantar kepada pelayan Apple. Dengan ini, secara tidak langsung kita boleh mengetahui sekiranya individu itu mengalami anxiety dan kemurungan (depression).

Bagaimanapun, Apple kini sedang menjalankan kajian keberkesanan sistem tersebut dan akan mengambil masa yang lama sebelum benar-benar boleh ditawarkan ke dalam iPhone. Terdahulu, Apple juga ingin menjadikan AirPods sebagai salah satu peranti kesihatan.

Sumber: engadget

Baca juga:

  • Ini Senarai Kapasiti Bateri Yang Dimuatkan Dalam Siri iPhone 13
  • Ini Purata Jumlah Hari Bekerja Yang Diperlukan Bagi Membolehkan Anda Membeli iPhone 13 Pro Di Malaysia
  • Senarai Produk Apple Harga Pelajar Dan Cara Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress