Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra Tempah iPhone 13 Dibuka Bermula 1 Oktober Ini

Ini Purata Jumlah Hari Bekerja Yang Diperlukan Bagi Membolehkan Anda Membeli iPhone 13 Pro Di Malaysia

Diterbitkan September 20, 2021 oleh ariff bukhari

Apple telah pun mengumumkan barisan model terbaru telefon pintar mereka iPhone 13.

Sebanyak 4 model iPhone 13 diumumkan iaitu iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Kesemua iPhone tersebut akan boleh dipra tempah pengguna bermula 1 Oktober 2021.

Sebuah laman analisis bernama Picodi ada membuat analisis berkenaan purata hari bekerja yang diperlukan pengguna di 47 buah negara untuk rakyat di negara-negara tersebut bekerja sebelum mereka mampu memiliki sebuah iPhone 13 Pro.

Menariknya menurut Picodi, purata gaji di Malaysia adalah sebanyak RM3,399.17. Ia berdasarkan kepada data terkini daripada Numbeo.

Jadi menurut Picodi, bagi membolehkan pengguna di Malaysia mampu memiliki sebuah iPhone 13 Pro yang berharga RM4,899.00, mereka perlu bekerja selama 30.3 hari sebelum mereka mampu memiliki iPhone tersebut.

Tempoh tersebut mengandaikan pengguna di Malaysia membelanjakan semua wang gaji mereka untuk memiliki iPhone 13 Pro.

Tempoh itu juga meletakkan Malaysia di tangga ke-10 berbanding 47 buah negara yang lain.

Menurut Picodi, pengguna di Turki perlu bekerja sehingga 92.5 hari sebelum mampu membeli iPhone 13 Pro.

Manakala pengguna di Switzerland pula menjadi pengguna yang paling singkat perlu bekerja untuk membeli iPhone 13 Pro di mana pengguna di negara itu hanya perlu bekerja selama 4.4 hari sahaja.

Ini Purata Jumlah Hari Bekerja Yang Diperlukan Bagi Membolehkan Anda Membeli iPhone 13 Pro Di Malaysia

Harga asas bagi sebuah iPhone 13 Pro adalah berharga dari RM4,899.00. Tetapi ia boleh mencecah sehingga RM7,199.00 bagi varian dengan storan terbesar iaitu 1TB.

Sumber: Picodi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY