Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airpods pro wide

AirPods Akan Datang Mungkin Bukan Untuk Dengar Lagu Sahaja

Diterbitkan Ogos 16, 2021 · Dikemas kini Ogos 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Apabila melibatkan kesihatan, peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar atau penjejak kesihatan (fitness tracker) adalah pertama yang terlintas di kepala.

Namun, pernahkah terfikir jika peranti audio juga boleh berbuat demikian? Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan Apple dan Cornell University, mereka menyatakan kadar respirasi pengguna boleh diukur menggunakan peranti audio.

Walaupun mereka tidak mendedahkan peranti mana, mungkin Apple menguji pada AirPods, AirPods Pro atau AirPods Max memandangkan ini sahaja peranti dari Apple buat masa sekarang.

Berbalik pada fungsi tersebut, ia adalah untuk menganggarkan Respiratory Rate (RR) atau kadar respirasi menggunakan mikrofon yang terbina dalam peranti audio. Menurut mereka, RR boleh berubah berdasarkan aktiviti yang dilakukan seperti senaman atau juga apabila kesihatan kurang baik.

Bagaimanapun, mungkin ciri sebegini tidak dapat dilihat dalam masa terdekat. Akan tetapi, Apple sebenarnya boleh dikatakan serius untuk menjadikan peranti mereka sesuai dijadikan rujukan untuk tahap kesihatan pengguna.

Sumber: myhealthyapple

Baca juga:

  • Mungkin Selepas Ini Semua Peranti Guna USB-C, Termasuk iPhone
  • Apple AirTag Membantu Pemiliknya Temui Semula Skuter Elektrik Yang Dicuri
  • iOS 15 Bagi Fungsi Baharu Untuk AirPods Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY