Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Siri Apple_image wisermy_3

Apple Dilapor Guna Cip Nvidia Melalui Google Cloud Untuk Siri Versi Baharu

Diterbitkan Jun 4, 2026 · Dikemas kini Jun 4, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan sedang merancang pendekatan baharu untuk Siri versi baharu dengan menggunakan cip Nvidia melalui Google Cloud.

Menurut laporan 9to5Mac yang memetik sumber The Information, Apple akan menggunakan kumpulan cip pusat data Nvidia Blackwell B200 yang dimiliki oleh Google. Apple juga akan mengaktifkan ciri keselamatan confidential compute Nvidia yang berfungsi menyulitkan (encrypt) data semasa ia sedang diproses pada cip tersebut.

Nvidia menyifatkan Blackwell sebagai platform untuk menjalankan dan melatih model AI yang sangat besar termasuk model bertrilion parameter, dengan peningkatan besar dari segi inferens, lebar jalur memori dan skala pelbagai GPU berbanding seni bina Hopper.

Sementara itu, ciri confidential compute pula berfungsi melindungi kerahsiaan dan integriti model AI yang digunakan pada GPU Rubin, Blackwell dan Hopper. Ini membolehkan beban kerja AI sensitif dijalankan dengan selamat pada skala besar dengan prestasi hampir natif, walaupun dalam persekitaran awan atau perkongsian.

Langkah ini memperlihatkan perubahan besar dalam strategi Apple, yang mana sebelum ini lebih cenderung untuk mengawal sepenuhnya semua komponen kritikal dalam ekosistemnya.

Namun begitu, masih belum jelas bagaimana sistem pelayan Apple yang dipanggil Private Cloud Compute akan disesuaikan dengan pelaksanaan Siri baharu yang dikuasakan AI ini.

Berkaitan

  • Apple Pilih Model Gemini Untuk Kuasakan Apple Intelligence - Termasuk Siri Versi Baharu
  • Google Sahkan Siri Dikuasakan Gemini Akan Tiba Hujung Tahun Ini
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Ini Gambaran Awal Rekaan Semula Siri, Ciri AI Dalam Photos iOS 27

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
©2026 WISER.MY