Untuk iPad pula, produk ini dijangka akan dikemaskini sekitar bulan Jun menerusi acara WWDC Apple 2020 nanti. Melalui laporan dari penganalisis Ming-Chi Kuo, akan terdapat beberapa model dari iPad yang bakal dilancarkan.
Tambahannya lagi, Apple akan mengemaskini model iPad dengan menggunakan kaedah sepertimana iPhone SE iaitu dengan menggunakan gabungan komponen lama. Antara spesifikasi yang dijangka adalah model iPad ini akan menggunakan cip A12.
Dengan menggunakan cip A12 yang lama, sudah tentu Apple dapat mengekalkan harga iPad dalam lingkungan harga mampu milik. Dengan iPhone SE, Apple juga menggunakan komponen iPhone 8 yang lama untuk memastikan harga jualan yang rendah. Jadi, tidak mengejutkan jika Apple menggunakan kaedah sama dalam menjual iPad pula.
Jadi mengapa Apple tidak menggunakan cip A13 yang lebih pantas? Melihat kepada barisan produk iPad, tiada lagi tablet Apple yang menggunakan cip ini. Malahan, model iPad Pro yang paling berkuasa pun menggunakan cip A12Z. Jika Apple mahu menggunakan cip A13 untuk iPad tahun ini, mereka perlu terlebih dahulu melancarkan iPad berkuasa dengan spesifikasi premium pada barisan model flagship.
Disebabkan model premium mereka pun hanya menggunakan setakat cip A12Z, tidak mungkin Apple bakal memuatkan cip A13 yang lebih pantas pada model iPad yang lebih rendah harganya.
Sumber: MacRumors, L0vetodream
Berkaitan
- Syarikat Tukaran Aset Digital Luno Mendapat Kelulusan Daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Apple Watch Series 6 Dan SE Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula 15 Oktober Ini
- DxOMark: Jenama Apple Kini Antara 5 Teratas Dalam Carta Melalui iPhone 12 Pro Dan iPhone 12 Pro Max
- Apple Cuba Untuk Kurangkan Kos iPhone 12 Dengan Rekaan Perkakas Dalaman Lebih Ringkas
- Cip Apple A14 Akan Guna Teknologi 5nm TSMC, Bakal Dihasilkan Secara Pukal Suku Kedua 2020
- Apple Kini Turut Menyumbang 20 Juta Topeng Muka Di Seluruh Dunia
- Pengeluar Android Dijangka Bakal Guna Teknologi Ultra Wideband Apple Tidak Lama Lagi
- Apple Watch Akan Mula Guna Paparan MicroLED Yang Lebih Jimat Tenaga Beberapa Tahun Lagi
- iPhone 12 Pro Mungkin Dilengkapi Dengan Pengimbas LiDAR Sepertimana iPad Pro 2020
- Apple M1 Menjadi Cip Pertama Memecah Rekod Skor Melebihi 1 Juta Di Antutu