Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Holds Press Event To Introduce New iPhone

Apple Dijangka Akan Terus Mendominasi Pasaran Peranti Fon Telinga Tanpa Wayar Sepanjang Tahun Ini

Diterbitkan Februari 12, 2020 · Dikemas kini Februari 12, 2020 oleh ariff bukhari

Apple AirPods akan terjual lebih daripada 100 juta unit dalam tahun ini.

Penganalisis pasaran dari Counterpoint melaporkan bahawa mereka menjangkakan, Apple Inc akan terus mendominai pasaran peranti fon telinga tanpa wayar sepanjang tahun 2020 ini.

Kehadiran model AirPods Pro pada lewat Oktober 2019 lalu juga telah turut membantu gergasi teknologi itu mencatat peningkatan jualan yang konsisten dalam peranti fon telinga tanpa wayar sepanjang suku ke-4 tahun lalu.

Penguasaan AirPods dalam kategori pasaran peranti ini dicapai walupun Apple berdepan dengan masalah bekalan yang terhad bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap peranti itu.

Apple Dijangka Akan Terus Mendominasi Pasaran Peranti Fon Telinga Tanpa Wayar Sepanjang Tahun Ini
Apple menguasai pasaran peranti fon telinga tanpa wayar sebanyak 41% pada suku ke-4 2019.

Untuk tahun ini pula, penganalisis Counterpoint meramalkan Apple akan mampu menjual peranti fon telinga tanpa wayar mereka yang terdiri daripada AirPods dan AirPods Pro lebih daripada 100 juta unit.

Sekaligus terus mengekalkan kedudukan selesamereka  dalam pasaran kategori peranti ini.

Sementara bagi penguasaan di kedudukan kedua pula akan menyaksikan persaingan sengit antara Xiaomi dan Samsung. Samsung hari ini baru sahaja memperkenalkan model terbaru fon telinga tanpa wayar Galaxy Buds+.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY