Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Dakwa iPhone XR Adalah Peranti Paling Popular Mereka Ketika Ini

Posted on November 29, 2018

Apple baru-baru ini menegaskan bahawa model iPhone XR adalah merupakan keluarannya yang paling popular “setiap hari sejak ia dilancarkan”. Kenyataan itu telah dibuat oleh Naib Presiden Pemasaran Produk mereka, Greg Joswiak dalam satu temuramah bersama CNET, baru-baru ini.

Ia dilihat bertentangan dengan beberapa laporan sebelum ini, di mana menyatakan jualan iPhone keluaran 2018 termasuk iPhone XR adalah kurang memberangsangkan.

Kredit: Gadgets NDTV

Malah, beberapa pengedar juga telah dilihat mengurangkan jumlah pesanan mereka bagi model-model iPhone berkenaan. Ia menyebabkan Apple bertindak mengurangkan pengeluaran iPhone 2018 serta menurunkan harga jualan iPhone XR di beberapa pasaran terpilih seperti Jepun.

Baca juga: iPhone XR Terima Harga Runtuh Di Jepun, Dijual Kurang Dari RM900

Kenyataan daripada pihak Apple ini secara tidak langsunh menolak dakwaan bahawa jualan iPhone pada tahun ini akan merudum sekaligus menjadi permulaan kepada kejatuhan syarikat gergasi Amerika tersebut.

 

Sumber: CNET via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress