Apple Berkongsi Maklumat iMesage Anda Dengan Pihak Berkuasa?





Terdapat laporan yang mengatakan secara diam-diam Apple berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak berkuasa. Ianya dilaporkan terjadi di US. Baru-baru ini gambar dari iCloud Pippa Middleton pula telah digodam. Isu ini menaikkan persoalan tentang keselamatan pengguna iPhone. Namun,jika anda orang kebiasaan,usah risau. Kebanyakkan penggodam hanya memilih public figure.



Berbeza pula dengan isu iMessage. Dikhabarkan pihak polis mempunyai akses terhadap butir peribadi anda. Jika anda seorang penjenayah besar, sila berjaga-jaga. Gunalah Android.



Apple menolak dakwaan tersebut. Walaubagaimanapun, Apple sendiri perlu mengesahkan mesej yang dihantar ke penerima haruslah mempunyai akaun iMessage, jadi secara teorinya, Apple mampu mengekses segala mesej peribadi anda. Setiap data akan disimpan di dalam server selama 30 hari sebelum ianya dipadam. Di dalam masa 30 hari tersebut, Apple mampu mengenalpasti mesej dan butiran peribadi anda.



Jaga-jaga. Kita sekarang hidup di dalam dunia tanpa sepadan.