Apple kini mengumumkan tarikh acara yang bakal diadakan pada 18 Oktober ini, iaitu 19 Oktober jam 1 pagi waktu tempatan.
Menerusi kiriman Twitter Greg Joswiak, acara “unleashed” ini mungkin menyaksikan pengenalan cip pemprosesan terbaru Apple – M1X.
Menurut Mark Gurman, M1X akan hadir dengan 10 teras CPU dan 16 atau 32 teras GPU. Cip ini mungkin akan menguasakan MacBook Pro model 14 inci dan 16 inci.
Unleashed! These next six days are going to speed by. #AppleEvent pic.twitter.com/0ops2bVPvl
— Greg Joswiak (@gregjoz) October 12, 2021
Dengan ini, Apple memperluaskan lagi penggunaan cip Apple Silicon bagi barisan komputer Mac mereka dan tidak akan ada lagi model janaan Intel.
Selain itu, MacBook baharu yang dijangka dilancarkan itu juga mungkin bakal menampilkan kembali pengecasan magnetik MagSafe, port HDMI dan pembaca kad SD seperti khabar angin sebelum ini.
Tambahan lagi, Mac Mini juga mungkin akan dikemaskini dengan lebih baik berbanding model M1 terdahulu. Di samping itu, Apple turut dijangka untuk mengumumkan AirPods baharu yang dikatakan hampir sama macam AirPods Pro tetapi lebih mampu milik.
Sumber: apple
Baca juga: