Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 Pro

Harga Masih ‘Mampu Milik’ Walaupun Kos iPhone 13 Pro Lebih Tinggi Daripada 12 Pro

Diterbitkan Oktober 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Genap 5 hari sudah berlalu, pasti ada rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang sudah membeli siri iPhone 13. Namun, tahukah anda yang Apple masih lagi “bermurah hati” kepada penggunanya?

Hal ini kerana menurutĀ TechInsights, mereka mendapati kos penghasilan iPhone 13 Pro lebih tinggi berbanding iPhone 12 Pro. Tahun lalu, iPhone 12 Pro mula dijual pada harga bermula RM4899. Manakala iPhone 13 Pro tahun ini, harganya masih sama.

Menurut mereka, kos komponen yang meningkat itu berkait rapat dengan kamera jauh lebih baik, paparan ProMotion, cip A15 Bionic dan kapasiti bateri dipertingkat.

Harga Masih ‘Mampu Milik’ Walaupun Kos iPhone 13 Pro Lebih Tinggi Daripada 12 Pro

Secara keseluruhan, iPhone 13 Pro dianggarkan memerlukan kos sebanyak USD570 (~RM2381). Sementara iPhone 12 Pro pula USD548 (~RM2289). Malah, kedua-dua telefon tersebut juga adalah lebih mahal berbanding Samsung Galaxy S21+, iaitu USD508 (~RM2122).

Dengan ini, secara tidak langsung ia menepis dakwaan sebelum ini yang mengatakan siri iPhone 13 dijual lebih mahal daripada barisan iPhone 12.

Walau apa pun, anda sebagai pengguna mempunyai hak membuat pilihan kerana iPhone 12 pun sudah turun harga dan masih berbaloi untuk dimiliki.

Sumber: TechInsights

Baca juga:

  • Macam Mana Jenama Apple Mampu Mempengaruhi Pengguna
  • Dijangka iPhone Tahun Hadapan Hadir Dengan Storan Hingga 2TB
  • Doktor Guna Kamera Makro iPhone 13 Pro Untuk Ambil Gambar Mata Pesakit

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY