Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Silicon Mungkin Akan Menyebabkan Barisan Mac Dengan Kos Rendah

Apple Mungkin Akan Perkenalkan Cip M1X Pada Macbook Pro 16 Inci – Hadir Dengan 12 Teras

Diterbitkan November 27, 2020 oleh Amsyar Latif

Awal bulan yang lalu, kita diperlihatkan Apple memperkenalkan cip pemproses baharunya iaitu M1 dan merupakan cip pertama untuk Apple Silicon dengan seni bina 5nm.

Susulan pengenalannya juga, ia menjadi bual mulut seluruh warga internet terutama pengulas teknologi dimana mereka memuji cip M1 ini.

apple m1

Bahkan pengguna tegar PC atau Windows turut terkejut akan prestasi yang diberikan. Ia mampu memberikan prestasi satu teras yang sangat cemerlang.

Malah cip M1 pada Macbook Air menerima skor melebihi 1 Juta berdasarkan rekod yang dilakukan Antutu. Kelihatan cip ini adalah satu kejayaan bagi Apple.

Terbaru, sumber daripada LeaksApplePro mengatakan Apple akan memperkenal cip M1X yang lebih berkuasa berbanding cip M1 biasa.

Apple M1X:

-12 Cores.

– 8 performance cores.

– 4 high efficiency cores.

– Coming first on a MacBook Pro
16” unveiling as a press release.

– According to a source who used a prototype, “if you think M1 is fast, you haven’t seen M1X”.

-Name isn’t final though. pic.twitter.com/tpBhXpDCad

— TheAppleWire (@TheAppleWire) November 22, 2020

Walau bagaimanapun, penamaan cip ini masih belum rasmi lagi. Pemberi sumber tersebut mempunyai rekod yang baik dalam mendedahkan perkara sebegini.

Beliau mendedahkan cip M1X akan hadir dengan 12 teras dimana 8 teras prestasi dan 4 teras kecekapan. Menurutnya lagi, ia akan diperkenalkan pada Macbook Pro 16 inci sebagai siaran media.

Jika benar, Macbook Pro 16 inci pasti akan menjadi Macbook yang paling berkuasa terutama model saiz ini adalah paling berkuasa sebelum M1 dilancarkan.

Terdahulu, Ming-Chi Kuo turut menyatakan Macbook Pro akan hadir dengan rekaan baharu yang akan dilancarkan pada suku kedua atau ketiga tahun 2021.

Sumber: LeaksApplePro

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY