Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Yang Dikatakan AirPods 3 Tertiris, Rekaan Serba Baharu

Imej Yang Dikatakan AirPods 3 Tertiris, Rekaan Serba Baharu

Diterbitkan Februari 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, terdapat laporan yang mengatakan Apple mungkin melancarkan AirPods baharu tahun ini.

Beberapa hari yang lalu juga, khabar angin ini semakin kuat apabila Jon Prosser dan LeaksApplePro menyatakan Apple mungkin melancarkan beberapa produk pada Mac ini.

Imej Yang Dikatakan AirPods 3 Tertiris, Rekaan Serba Baharu

Terbaru, imej yang dikatakan AirPods 3 tertiris di internet yang didedahkan 52audio. Menerusi imej tersebut, kelihatan AirPods ini tampil dengan rekaan serba baharu.

Rekaan tersebut menunjukkan tangkai AirPods lebih pendek berbanding model terdahulu yang agak sedikit janggal apabila dipakai.

Imej Yang Dikatakan AirPods 3 Tertiris, Rekaan Serba Baharu

Ura-ura sebelum ini mengatakan AirPods 3 atau AirPods Pro Lite ini lebih mampu milik tetapi kekurangan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC).

Walaupun Apple mungkin melancarkannya pada bulan hadapan, perkara ini disangkal MacRumors yang mengatakan ia mungkin dilancarkan sekitar Mac hingga Jun.

Sumber: MacRumors, 52audio

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY