Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dell Hampir Menjual Komputer Yang Menjalankan macOS

Posted on Oktober 8, 2021

Seperti yang diketahui, macOS yang kita lihat pada hari ini merupakan sistem operasi khusus untuk komputer Apple. Tidak seperti Microsoft yang melesenkan Windows bagi semua pengeluar komputer.

Namun, pengasas jenama komputer Dell – Michael Dell telah berkongsikan sebuah kisah menarik berkaitan macOS. Menurut beliau, sekitar tahun 1997 yang lalu ketika mana Steve Jobs kembali ke pangkuan Apple, Jobs pernah menawarkan pelesenan sistem operasi macOS bagi komputer Dell.

Pada waktu itu, Dell berbesar hati dengan idea yang diberikan Jobs. Akan tetapi, Steve Jobs mencadangkan Dell untuk menjual komputer yang dipasang Windows dan macOS. Dengan ini, ia memberikan pengguna pilihan untuk menggunakan sistem operasi yang mana.

Michael Dell

Tambahan lagi, Dell juga perlu membayar kepada Apple untuk pelesenan macOS tersebut tidak kira pengguna pilih macOS atau Windows.

Disebabkan itu, perkara ini tidak terjadi kerana pasti kos penjualan Dell akan jadi lebih tinggi. Malah, Steve Jobs juga tidak menjamin sokongan kemas kini sistem operasi tersebut untuk tiga atau lima tahun selepas itu.

Bagaimanapun, sekiranya Dell bersetuju dengan Jobs, mungkin jenama Apple akan jauh lebih besar pada hari ini memandangkan mereka mampu mengaut keuntungan lebih tinggi.

Sumber: cnet

Baca juga:

  • Dell Mengumumkan Monitor Mudah Alih Dan Model Siri S Terbaru

  • Dell Umum Untuk Beralih Dari Pasaran Runcit Di Malaysia

  • Penyeludup Ini Ditahan Kerana Cuba Seludup Cip Intel Bernilai Lebih ~RM500 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress