Dalam satu kenyataan lain, Apple turut mengesahkan pengeluaran sebilangan kecil model iPhone SE di Silicon Valley, India. Menurut Economic Times, Apple sudah bersedia mengeluarkan sebanyak 25,000-50,000 unit untuk model iPhone SE pertama buatan dari India.
Dengan kutipan jualan iPhone di pasaran China jatuh ketika ini, Apple menyasarkan pula pasaran di India untuk menaikkan semula pertumbuhan syarikat mereka.
Ketika ini Apple memegang 10% pasaran telefon pintar di India. Menurut kajian yang dilakukan oleh firma analisa ekonomi Counterpoint, Apple berhadapan pesaingan yang sangat sengit di India dengan penduduk disana lebih menumpukan pada Samsung atau telefon dari China yang lain.
Langkah yang diambil Apple untuk menghasilkan iPhone di India ini jelas memperlihatkan strategi baru untuk menakluki pasaran Asia Tenggara dengan merendahkan kos buatan dan harga jualan. iPhone SE 'Made In India' akan dijual lebih kurang pada $100, jauh lebih rendah berbanding harga yang dijual di India ketika ini, $320.
Philip Schiller, Naib Presiden Kanan Apple Marketing Worldwide menafikan kenyataan tentang Apple cuba menjual iPhone dengan lebih rendah di beberapa kawasan tumpuan.
Beliau menjelaskan Apple mengambil langkah sedemikian sebagai uasaha untuk menghasilkan peranti dengan harga yang lebih rendah dan konsisten. Bukan untuk pasaran India semata-mata.
Baca lagi artikel kami sebelum ini: Apple Akan Mula Dikilangkan Di India
Sumber
Berkaitan
- realme X2 Pro, Peranti Paling 'Hype' Dengan Cip Pemprosesan Terpantas Snapdragon 855+
- Samsung Masih Kekal No 1 Walaupun Dengan Saingan Sengit Daripada Apple
- Video VIVO NEX 3 Dari Mrwhosetheboss, Memperlihatkan Rupa Sebenar Rekaan Skrin 'Waterfall'
- Samsung Galaxy Note 9, Peranti Android Pertama Menerima Permainan Fortnite Versi Mobile
- Permainan Video Fortnite Bakal Ke Peranti Android Tidak Lama Lagi
- Lima Aplikasi Mudah Alih Yang Patut Ada Dalam Telefon Pintar Anda
- Kualiti Zoom Huawei P30 Pro Diuji Pada Perkahwinan Fasha Sandha, Pamer Kualiti Menakjubkan
- Huawei P10 Hadir ke Pasaran Malaysia Seawal Rabu Ini.
- HTC Bakal Memperkenalkan Inovasi Baru Pada HTC Ocean Yang Akan Mengejutkan Semua
- Perbandingan Xiaomi Mi 9T vs Samsung Galaxy A80- Ini Adalah Telefon Pintar Paling Tak Berbaloi Untuk Dibeli