iPhone Akan Mula Dikilangkan Di India April Ini

Desas-desus mengenai pemasangan telefon keluaran Apple di bandar Bengaluru akhirnya terjawab dengan pengumuman yang telah dibuat pada Khamis (2 Februari) lepas. Bengaluru merupakan ibu negeri bagi Karnataka dan juga bandar terbesar di dalam wilayah tersebut. Berita ini telah disahkkan oleh Priyanka Kharge, Menteri Informasi Teknologi Karnataka didalam tweet beliau.

933ba81f447d203_515_533

Khabar angin mula bertiup sejak Disember tahun lepas lagi dimana Apple telah mengiklan beberapa jawatan dalam syarikat OEM mereka di Bengaluru termasuk jawatan Pengurus Operasi Program yang akan mengetuai pasukan operasi OEM itu. Kerajaan negeri Karnataka juga dilaporkan turut berbincang dengan pihak Apple untuk kemungkinan mengilangkan produk syarikat itu dikawasan lain pula.

Foxconn dan Wistron Corp merupakan dua buah syarikat OEM yang telah lama bekerjasama dengan Apple dalam proses pemasangan iPhone. Hal ini akan menjadi lebih mudah dimana kedua-dua syarikat tersebut sudah bertapak di India. Laman berita Indian Express pula berpendapat, Apple bakal memilih Winstron Corp sebagai syarikat pertama yang melakukan kerja pemasangan iPhone di India.

Majoriti besar iPhone yang dipasarkan sekarang telah menjalani proses pemasangan yang berpengkalan di Shenzen, China dimana ia diuruskan oleh Foxconn, syarikat elektronik dari Taiwan. Jadi jika selepas ini anda membeli iPhone dan melihat "Made In India" jangan terkejut pula. Ia sememangnya produk yang original cuma dikilangkan negara yang berbeza.

Sumber: Mdroid, Indian Express