iOS 13 dijangka akan dilepaskan kepada pengguna peranti iOS pada September nanti.
Sempena sambutan Hari Emoji Sedunia, Apple telah perlihatkan lebih awal rekaan emoji terbaru yang akan hadir pada versi iOS 13 nanti. Berasaskan Unicode 12, Apple membawakan 59 rekaan emoji baru dengan 75 daripadanya adalah variasi jantina.
Menjadikan jumlah keseluruhan emoji baru yang akn dimuatkan ke dalam iOS 13 nanti adalah sebanyak 230 buah emoji termasuklah variasi jantina dan warna kulit yang tawarkan.

Selain rekaan emoji berbentuk objek seperti yo-yo, layang-layang, alat muzik banjo, payung terjun dan baju keselamatan. Apple turut memuatkan rekaan emoji bagi meraikan orang kurang upaya dengan menawarkan rekaan seperti emoji alat bantu dengar, kaki palsu, orang berkerusi roda dan isyarat tangan.
Kesemua rekaan emoji baru ini bakal dimuatkan bersama versi iOS 13 yang dijangka akan dilepaskan kepada kesemua pengguna peranti iOS dalam bulan September nanti. Buat masa ini hanya versi pembangun iOS 13 ditawarkan kepada pembangun yang berdaftar dengan Apple dan versi beta untuk pengguna awam yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program.
Berkaitan
- Apple Membelanjakan Sebanyak USD13 Bilion Untuk Penyelidikan & Pembangunan Produk
- Senarai Peranti iOS Yang Dijangka Akan Menyokong Dan Tidak Menyokong iOS 13
- Apple Menaik Taraf Perkakasan Dan Menurunkan Harga Macbook Air & Macbook Pro 13" 2019
- Syarikat China Bakal Kilangkan Bateri Kereta Elektrik Dengan Hayat Sehingga 130 Tahun
- Sebanyak 129 Model Peranti Dell Berisiko Berdepan Serangan Kawalan BIOS
- 43 Model Telefon Pintar Galaxy Ini Sepatutnya Sudah Terima Naik Taraf Android 13 Dan One UI 5.0
- Anda Digesa Semak Dan Buang Segera 203 Aplikasi Android Dan iOS Ini Dari Peranti
- Microsoft Perkenalkan 'Surface Laptop 3' 13 Inci Dan 15 Inci
- Apple Menyatakan iOS 13 Akan Lebih Pantas Daripada Versi iOS Sebelumnya
- Tinjauan Mendapati Lebih Daripada 40% Pengguna iPhone Mahu Memiliki Model Terbaru iPhone 13