Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
App Store

App Store Di China Telah Membuang Hampir 50,000 Aplikasi Permainan Dalam Tempoh Sebulan

Diterbitkan Januari 15, 2021 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan telah membuang sebilangan besar aplikasi permainan daripada App Store di China. Memetik laporan Sensor Tower, dianggarkan kira-kira 48,000 aplikasi permainan mudah alih telah dibuang dalam tempoh sebulan iaitu sepanjang Disember 2020.

App Store China

Penghapusan kesemua aplikasi permainan tersebut adalah berikutan pelanggaran peraturan dan undang-undang negara itu. Bagi anda yang belum tahu, undang-undang negara China memerlukan setiap aplikasi permainan menerima lesen khas dari National Press and Publication Administration sebelum dilepaskan kepada umum.

Seperti yang dilaporkan, lebih 5,500 aplikasi permainan telah dibuang pada Julai 2020 dan diikuti 27,000 pada Ogos. Sepanjang tempoh ‘pembersihan’ aplikasi permainan tidak berlesen itu, Disember 2020 menyaksikan pembuangan besar-besaran, dengan lebih 40,000 aplikasi permainan telah dibuang dalam tempoh satu hari sahaja.

Ini membuktikan, kerajaan China melaksanakan tindakan keras terhadap aplikasi permainan yang tidak berlesen serta tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara itu.

Sumber: Sensor Tower

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY