YouTube Music menggantikan Google Play Music.
YouTube mengumumkan, aplikasi YouTube Music mereka akan tersedia dipasang pada semua model peranti Android yang menggunakan versi Android 10 serta Android 9. Ia termasuklah pada barisan telefon pintar Google Pixel.
YouTube Music menawarkan secara percuma selama sebulan kepada pengguna mereka untuk mengakses servis Music Premium yang tidak mengandungi iklan, akses tanpa talian dan beberapa ciri menarik yang lain.
Langganan bagi Music Premium adalah berharga USD9.99/bulan.
Bagi pengguna versi Android terdahulu pula, mereka boleh mendapatkannya dengan memuat turun aplikasi tersebut di Google Play Store.
Tindakan Google menggantikan aplikasi Google Play Music kepada YouTube Music mungkin bagi memudahkan lagi pengguna mengakses dan mencuba servis berbayar Music Premium mereka.
Cuma bagi pengguna di Malaysia, sehingga kini servis YouTube Music masih belum sedia ditawarkan.
Berkaitan
- YouTube Jadi Perlahan? Cuba 2 'Adblock' Alternatif Ini
- 7 Anime Popular Ini Kini Boleh Ditonton Percuma Di YouTube
- Cabaran Bahaya YouTuber Ragut Nyawa Kanak-Kanak Umur 5 Tahun
- Muzik Video Terbaru BTS Pecah Rekod Tontonan Di YouTube Premiere
- YouTube Mula Melancarkan Platfom Video Terbaru Bagi Menyaingi TikTok
- Giliran Saluran YouTube Monsta Pula Terima Anugerah 'Diamond Play Button'
- Syarat Dilonggarkan, Jana Pendapatan Di YouTube Akan Jadi Lebih Mudah
- YouTube Mula Tegas Terhadap Pengguna 'Extension' Penyekat Iklan
- Saluran YouTube Popular Dikesan Menyebar Pemasang Pelayar Tor Diragui
- Google Memperoleh Keuntungan Sebanyak USD15 Bilion Menerusi YouTube Pada Tahun 2019