Ikuti kami di media sosial

Berita

Aplikasi WWDC Kini Dikenali Sebagai Apple Developer

ariff bukhari

Ditulis

pada

Aplikasi utama untuk komuniti pembangun Apple.

Apple hari ini mengumumkan aplikasi rasmi WWDC untuk peranti iOS dan iPadOS dinamakan sebagai “Apple Developer”.

Apple Developer merupakan aplikasi yang mengkhususkan kepada komuniti pembangun Apple tetapi ia boleh dimaut turun secara terbuka dan percuma oleh semua pengguna.

Untuk versi terbaru aplikasi ini, Apple menambah baik dari reka bentuk antaramuka, sokongan mod gelap dan lain-lain.

Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh mendapatkan informasi terbaru, menonton stream video-video acara istimewa yang telah diadakan sebelum ini ataupun memuat turun video-video tersebut ke dalam peranti.

Malah apabila sesebuah acara istimewa Apple akan diadakan, Apple akan mengemas kini aplikasi tersebut sebagai panduan kepada pengguna dan peserta yang hadir di acara tersebut.

Aplikasi ini memerlukan peranti iOS 12.4 atau terbaru dan watchOS 5.0 atau terbaru. Pengguna boleh memuat turun dan memasang aplikasi Apple Developer ini ke dalam peranti iPhone, iPad, iPod touch dan Apple TV menerusi App Store.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular