Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Remaja Di Sarawak Dipercayai Membunuh Diri Selepas Bersandarkan Pada Undian Instagram Yang Diciptanya

Aplikasi ‘Bank Negara’ Menyebabkan Seorang Pengguna Kerugian RM75,000

Diterbitkan Januari 10, 2021 · Dikemas kini Januari 10, 2021 oleh ariff bukhari

Seorang pengguna dilaporkan telah mengalami kerugian sebanyak RM75,000 selepas memuat turun sebuah aplikasi kononnya dari Bank Negara baru-baru ini.

Mangsa yang seorang guru dikatakan telah menerima panggilan telefon dari individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

‘Pegawai LHDN’ itu memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai syarikat. Malah mangsa juga didakwa turut terbabit dengan kes dadah dan pengubahan wang haram selepas disambungkan kepada individu lain yang menyamar pula sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Disebabkan panik, mangsa telah mengikuti arahan polis tersebut dengan muat turun aplikasi kononnya dari Bank Negara dengan mengisi maklumat perbankan miliknya ke dalam aplikasi tersebut.

Mangsa hanya menyedari ditipu selepas terkejut wang simpanan berjumlah RM75,000 lesap melalui transaksi yang dibuat suspek.

Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sehubungan kes tersebut, pihak polis meminta orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan yang semakin berleluasa.

Sumber: IPD Seberang Perai Utara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
©2026 WISER.MY