Kerajaan A.S bimbang terhadap populariti aplikasi tersebut dikalangan remaja mereka.
Firma pembangun aplikasi popular TikTok, ByteDance dilaporkan sedang disiasat oleh kerajaan A.S berikutan kebimbangan terhadap penggunaan aplikasi tersebut yang semakin meningkat popular dikalangan remaja A.S.
Siasatan terhadap TikTok yang dikenali sebagai Musical.ly sebelum dibeli oleh ByteDance dalam tahun 2017 dahulu juga dikaitkan dengan dakwaan salah guna data pengguna, khususnya data peribadi kanak-kanak.
Respon terhadap siasatan yang dijalankan ke atas mereka, TikTok menyatakan,
"We store all TikTok US user data in the United States, with backup redundancy in Singapore. Our data centers are located entirely outside of China, and none of our data is subject to Chinese law. Further, we have a dedicated technical team focused on adhering to robust cybersecurity policies, and data privacy and security practices."
Ini bukan kali pertama TikTok berdepan dengan siasatan. Sebelum ini, TikTok telah disiasat oleh kerajaan U.K berkaitan cara kendalian data pengguna aplikasi tersebut.
Malah TikTok juga pernah diharamkan oleh kerajaan India tahun ini kerana aplikasi itu didakwa “mengalakkan pornografi” serta berisiko “merosakkan masa depan dan pemikiran anak-anak muda”.
Sungguhpun begitu, pengguna di India adalah yang paling banyak memuat turun dan memasang aplikasi TikTok ke dalam peranti pintar mereka.

Berkaitan
- TikTok Akan Hadkan Masa 60 Minit Sahaja Kepada Pengguna Remaja
- "TikToker" Ini Gesa Berbilion Pengguna Telefon Pintar Android Mematikan Ciri Ini Dengan Segera
- A.S Menangguhkan Sekatan Ke Atas Aplikasi TikTok
- Montana Negeri Pertama AS Yang Bakal Sekat Aplikasi TikTok
- Apple Dan Google Digesa Tarik Keluar Aplikasi TikTok Dari Stor Mereka
- Gen Z Lebih Gemar Guna TikTok Untuk Carian Berbanding Google - Kajian Google
- Kadet Tentera Amerika Syarikat Dilarang Menggunakan TikTok Ketika Berpakaian Seragam
- Aplikasi TikTok Sudah Melepasi 1.5 Bilion Muat Turun
- Pengguna Sambut Aidilfitri Lebih #RancakRaya Dengan TikTok
- "TikToker" Ini Gesa 1.2 Bilion Pengguna iPhone Ubah Tabiat Mengecas Bateri Peranti