Lebih 50 Aplikasi Android Akan Terima Kemas Kini Antaramuka Baharu

Pada Persidangan Google I/O 2023, Google memaklumkan bahawa mereka akan mengemas kini lebih 50 aplikasi Android dengan reka bentuka antaramuka baharu.

Naib Presiden, Pengurusan Produk, Android, Sameer Samat berkata, reka bentuk antaramuka baharu itu akan menjadikan aplikasi-aplikasi tersebut lebih mudah digunakan pada telefon boleh lipat dan tablet dengan menawarkan UI berbilang anak tetingkap dan dioptimasi untuk skrin besar.



Malah Google juga menyatakan bahawa mereka bekerjasama rapat dengan rakan kongsi seperti Samsung dan pembangun pihak ketiga yang lain untuk membawakan reka bentuk UI yang dioptimumkan pada tablet dan peranti boleh lipat ke aplikasi mereka.

Walaubagaimanapun Google tidak menyatakan secara khusus bilakah aplikasi-aplikasi tersebut akan menerima UI baharu itu.

Berikut adalah senarai antara aplikasi Android yang bakal menerima kemas kini antaramuka baharu dari Google:-

  1. Digital Wellbeing

  2. Gmail

  3. Google Assistant

  4. Google Calendar

  5. Google Camera

  6. Google Chat

  7. Google Chrome

  8. Google Clock

  9. Google Contacts

  10. Google Dialer

  11. Google Docs

  12. Google Drive

  13. Google Family Link

  14. Google Files

  15. Google Fit

  16. Google Home

  17. Google Keep

  18. Google Keyboard

  19. Google Kids Space

  20. Google Lens

  21. Google Maps

  22. Google Meet

  23. Google Messages

  24. Google News

  25. Google One

  26. Google Pay

  27. Google Personal Safety

  28. Google Photos

  29. Google Play

  30. Google Play Games

  31. Google Play Store

  32. Google Podcasts

  33. Google Search

  34. Google Sheets

  35. Google Slides

  36. Google TV

  37. Google Translate

  38. Google Voice Recorder

  39. Google Wallet

  40. Google Weather

  41. YouTube

  42. YouTube Kids

  43. YouTube Music

  44. YouTube TV


https://www.youtube.com/watch?v=RR2DpT_Eie8

{suggest}

Berkaitan