Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rujuk Dahulu Hadis-Hadis Sebelum Kongsi Menerusi Aplikasi Pintar Ini

Rujuk Dahulu Hadis-Hadis Sebelum Kongsi Menerusi Aplikasi Pintar Ini

Diterbitkan April 24, 2020 · Dikemas kini April 2, 2022 oleh ariff bukhari

Di bulan Ramadhan ini, mungkin anda menerima banyak hadis-hadis daripada platfom media sosial. Walaubagaimanapun, mungkin juga terdapat daripada hadis-hadis yang dikongsikan itu diragui kesahihannya.

Jadi, bagi mengelakkan anda daripada terjebak dengan penyebaran hadis yang diragui dan tidak sahih, anda boleh merujuk dahulu status sesebuah hadis itu dengan menggunakan aplikasi Smart Hadith.

Aplikasi Smart Hadith ini dibangunkan dengan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multi Media Malaysia (SKMM).

Rujuk Dahulu Hadis-Hadis Sebelum Kongsi Menerusi Aplikasi Pintar Ini

Aplikasi pintar ini membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai koleksi hadis secara percuma berdasarkan kitab, bab, perawi dan lain-lain, sekaligus memudahkan pengguna menyemak status sebuah hadis itu sama ada ia adalah hadis sahih atau pun palsu.

Projek pembangunan aplikasi Smart Hadith ini dibiayai sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah pun dibangunkan bermula sejak 8 Mac 2018 dan telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2019.
Pelancara aplikasi itu pula secara rasminya dibuat pada 28 Januari 2020 lalu.
Aplikasi Smart Hadith mesra pengguna ini boleh dimuat turun oleh pengguna peranti Android dan juga iOS.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY