Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Snaptube Didapati Mengandungi Perisian Hasad Bagi Mengaut Keuntungan Mudah

Aplikasi Snaptube Didapati Mengandungi Perisian Hasad Bagi Mengaut Keuntungan Mudah

Diterbitkan Oktober 19, 2019 · Dikemas kini Oktober 19, 2019 oleh ariff bukhari

Buang segera dari peranti Android anda.

Para pengguna peranti Android mungkin tidak asing dengan aplikasi popular Snaptube. Berdasarkan semakan dari laman stor Android pihak ketiga, uptodown, Snaptube telah diulang muat turun lebih daripada 1041.8 juta kali.

Aplikasi Snaptube Didapati Mengandungi Perisian Hasad Bagi Mengaut Keuntungan Mudah
SnapTube tidak ditawarkan di Google Play Store. Sebaliknya ia ditawarkan menerusi stor pihak ketiga untuk peranti Android seperti uptodown.

Aplikasi Snaptube membolehkan pengguna peranti Android memuat turun video-video YouTube dan Facebook. Ia dibangunkan oleh firma pembangun aplikasi dari China, Mobiuspace.

Cuma apa yang menjadi isu sekarang adalah aplikasi tersebut didapati mengandungi perisian hasad. Perisian hasad di dalam aplikasi itu dikesan oleh platfom keselamatan Secure-D di mana ia telah menghalang lebih daripada 70 juta permintaan transaksi meragukan melalui telefon pintar Android yang dipasang pada lebih 4.4 juta peranti Androiddalam tempoh 6 bulan sahaja.

Ia dideahkan oleh pihak pihak keselamatan dari Upstream baru-baru ini.

Snaptube didapati mengandungi iklan-iklan tersembunyi dari dipaparkan kepada pengguna. Dari situ ia menghasilkan klik aktif tanpa interaksi pengguna dan transaksi pembelian seterusnya melaporkan segala aktiviti yang kononya berlaku itu (menipu)  kepada rangkaian iklan berdaftar bagi mengaut keuntungan mudah seperti dari Altamob, Batmobi, Infomobi dan Mango.

Aplikasi Snaptube Didapati Mengandungi Perisian Hasad Bagi Mengaut Keuntungan Mudah
Contoh iklan tersembunyi yang aktif disebalik tabir peranti Android. Kredit: Upstream

Malah Snaptube juga boleh menyebabkan tanpa disedari penggunanya, mereka telah melanggan perkhidmatan yang tidak dilanggan mereka. Menyebabkan data dan proses pembayaran atas talian yang digunakan mereka berlaku tanpa sedar.

Sekaligus menyebabkan mereka menjadi mangsa penipuan dan kehilangan wang mereka sedikit-demi sedikit.

Ini bukanlah kali pertama aktiviti mencurigakan berkaitan dengan aplikasi Snaptube dilaporkan. Sebelum ini pada bulan Februari lalu, penyelidik keselamatan dari Sophos telah turut mendedahkan penipuan iklan yang dilakukan oleh aplikasi Snaptube menerusi laporan khas bertajuk “Sophisticated ad fraud permeates the mobile app ecosystem“.

Oleh itu, pengguna Android dinasihatkan supaya menyemak aplikasi yang dimuat turun mereka sama ada mengandungi aplikasi-aplikasi yang mencurigakan.

Sekiranya ada, pengguna dinasihatkan segera membuang aplikasi tersebut dari peranti Android mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY