Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Safari Kini Menyokong Terjemahan Laman Web

Aplikasi Safari Kini Menyokong Terjemahan Laman Web

Diterbitkan November 6, 2020 oleh Amalina Athman

Menerusi iOS 14 yang dilancarkan pada September lalu, ia membawakan ciri baharu yang membolehkan pengguna menterjemah laman web di Safari. Namun, ketika itu keupayaan menterjemah di laman web Safari hanya terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat.

Terbaru, melalui kemas kini iOS 14.2 yang baru sahaja dilepaskan hari ini, terjemahan laman web di Safari kini tersedia kepada lebih banyak pengguna.

safari translate

Untuk menterjemah laman web, ianya boleh dilakukan dengan tap pada ikon “aA” di address bar. Kemudian pilih “Translate to English”.

translate Safari

Walaupun ia telah mula dilepaskan kepada umum, namun ciri terjemahan ini masih pada peringkat Beta.

Bagi anda yang belum tahu, terjemahan Safari dan aplikasi Translate adalah dua perkara yang berbeza. Pada iOS 14, Apple turut membawakan ciri baharu aplikasi Translate, iaitu terjemahan secara terbina yang mengintegrasikan terjemahan teks dan suara.

Ia menyokong terjemahan bagi 11 bahasa termasuk Arabic, Chinese, English, French, German, Italian, Japanese, Korean, Portuguese, Russian dan Spanish.

Namun, persamaan kedua-duanya adalah ia menyokong 11 bahasa tersebut.

Sumber: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY