Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
truecaller 2

Aplikasi Popular “Truecaller” Didapati Mengandungi Kecacatan Kritikal Yang Mendedahkan Data Sulit Penggunanya

Diterbitkan November 27, 2019 · Dikemas kini November 27, 2019 oleh ariff bukhari

Pembangunnya mengesahkan kecacatan itu. Pengguna Android dan iOS diminta segera mengemas kini aplikasi tersebut.

Jika anda ada memasang aplikasi popular “Truecaller” dalam telefon  yang digunakan, anda dinasihatkan supaya segera mengemas kini aplikasi tersebut dengan segera.

Ini kerana terdapat kecacatan kritikal pada aplikasi tersebut yang menyebabkan aplikasi itu mendedahkan data privasi penggunanya seperti sistem peranti dan maklumat lokasi.

Ia didedahkan oleh seorang penyelidik keselamatan peranti pintar dari India bernama Ehraz Ahmed baru-baru ini.

Susulan pendedahan itu, pihak pembangun aplikasi Truecaller telah respon dan mengesahkan kecacatan kritikal pada aplikasi mereka itu kepada Forbes.

“…it was recently brought to our attention that there was a small bug in our app services which allowed the modification of one’s own profile in an unintended way. We thank the security researcher for bringing this to our notice and collaborating with us. The bug was immediately fixed.” Truecaller.

Truecaller merupakan aplikasi yang dibangunkan firma dari Sweden berfungsi bagi menghalang panggilan scam dan memaparkan info dari panggilan yang tidak dikenali.

Aplikasi ini sangat popular dikalangan pengguna peranti pintar di mana dianggarkan lebih daripada 150 juta pengguna (termasuk peranti Android dan iOS) diseluruh dunia menggunakan aplikasi tersebut.

Ini bukanlah kali pertama kecacatan kritikal dihadapi oleh Truecaller kerana sebelum ini dalam bulan September lalu, Truecaller disiasat oleh pihak berkuasa negara Nigeria kerana berlakunya kebocoran data pengguna aplikasi itu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY