Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Popular Pengimbas Di Google Play Store Ini Didapati Mengandungi Kod Perisian Hasad

Aplikasi Popular Pengimbas Di Google Play Store Ini Didapati Mengandungi Kod Perisian Hasad

Diterbitkan Ogos 28, 2019 oleh ariff bukhari

Pihak Google telah membuang aplikasi tersebut dari Play Store.

Penyelidik keselamatan telefon pintar dari Kaspersky telah menemuai kod perisian hasad yang tersembunyi di dalam sebuah aplikasi popular pengimbas teks. Aplikasi yang dimaksud adalah CamScanner – Phone PDF Creator.

Menerusi analisis mendalam terhadap aplikasi itu, pihak penyelidik mendapati CamScanner mengandungi komponen kod perisian hasad yang dikenali sebagai Trojan Dropper.

CamScanner adalah aplikasi pengimbas yang telah dimuat turun oleh lebih daripada 100 juta ulang muat turun dari Google Play Store.

Berikutan penemuan kod perisian hasad di dalamnya, pihak penyelidik telah melaporkan kepada Google dan mereka dengan segera telah membuang aplikasi tersebut daripada ditawarkan dalam Google Play Store kepada pengguna peranti Android.

Jadi, kepada pengguna Android yang mungkin ada memuat turun aplikasi ini dinasihatkan supaya membuangnya dengan segera dari peranti tersebut. Ap ayang dapat dijadikan iktibar di sini adalah pengguna perlulah sentaiasa berhati-hati terhadap aplikasi yang dimuat turun mereka.

Sumber: Secure List

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY