Pengguna peranti pintar boleh memuat turun PES 2020 secara percuma.
Jika anda adalah peminat permainan bola sepak dari KONAMI iaitu PES 2020, anda kini turut boleh memainkan permainan tersebut di peranti pintar anda.
Sebelum ini, permainan PES 2020 hanya ditawarkan di platfom komputer Windows 7 atau 10 dan konsol permainan PS4 atau XBOX ONE sahaja.
Secara rasminya, KONAMI mengumumkan aplikasi permainan PES 2020 untuk peranti Android dan iOS akan dilepaskan bermula 24 Oktober 2019 nanti.
Walaubagaimanapun, pihak KONAMI memberikan akses awal kepada para peminat permainan tersebut sejak 17 Oktober lalu.
https://www.youtube.com/watch?v=AbJ0xFg2rBU
Aplikasi eFootball PES 2020 boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma dan menyokong peranti Android 5.0 dan ke atas serta peranti iOS (iPhone iPod touch atau iPad) yang menggunakan sistem iOS 10 atau terbaru.
Permainan ini boleh dimainkan secara atas talian tetapi tidak boleh dimainkan dalam rangkaian Wi-Fi yang sama. Selain itu, sepanjang tempoh akses awal ini juga, aplikasi ini masih dalam peringkat penambah baikan sebelum ia dilepaskan secara rasmi pada 24 Oktober nanti.
Jadi, pemain mungkin akan berdepan beberapa isu ketika memainkan aplikasi tersebut. Info lanjut tentang aplikasi eFootball PES 2020 ini boleh didapati di laman rasmi KONAMI.
Berkaitan
- Jangan Buang 'Microsoft Root Authority' Dari Windows Yang Akan Tamat Pada 31 Disember 2020
- Ini Senarai Syarikat Telekomunikasi Yang Telah Dikompaun SKMM Setakat Suku Ke-2 2020
- Ini Spesifikasi Minimum Yang Diperlukan Telefon Pintar Untuk Menyokong Android 13
- A.S Menuduh Huawei Menawarkan Bonus Kepada Pekerja Yang Berjaya Mencuri Rahsia Firma Pesaing Mereka
- Slot TV Pendidikan Akan Bersiaran Di Saluran Tutor TV, Astro Bermula 4 Mei 2020
- Huawei Akan Perkenalkan Pesaing Kepada Cip Audio Apple H1
- Reka Bentuk Pesawat Penumpang Termaju Didedahkan, Mampu Terbang Selaju 2,080Km/j
- Skor AnTuTu Mendedahkan Prestasi Sebenar Cip A13Bionic iPhone SE 2020
- MOSTI Sumbang Baka Padi Nuklear Kepada Pesawah Kuala Terengganu
- 'Power Bank' Terbakar, 2 Dilaporkan Cedera Dalam Pesawat