Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi Percuma Ini Membolehkan iPhone Dikawal Hanya Menggunakan Pergerakan Mata

Posted on September 3, 2019

Samsung pernah perkenalkan ciri yang sama tapi tidak begitu popular dikalangan penggunanya.

Sebuah syarikat pembangun aplikasi bernama Hawkeye Labs Inc. telah membangunkan aplikasi yang membolehkan pengguna peranti iPhone atau iPad Pro mengawal peranti mereka itu dengan hanya pergerakan mata.

Aplikasi yang dikenali sebagai Hawkeye Access membolehkan pengguna mereka mengawal iPhone dengan arahan pergerakan mata termasuklah melayari laman sesawang dari pelayar dan turut berfungsi pada aplikasi pihak ketiga.

Sebagai contoh aplikasi Instagram, Youtube, Google, Twitter dan lain-lain Ia dapat dilakukan dengan adanya teknologi ‘Apple’s TrueDepth camera‘. Pembangunnya hampir setahun lalu pernah memuat naik video yang mendemostrasikan bagaimana aplikasi ini berfungsi.

Sejak dari itu, aplikasi ini sudah ditambah baik dan kini sudah sedia ditawarkan kepada para pengguna peranti iOS secara percuma di App Store. Aplikasi ini memerlukan peranti yang menggunakan sistem operasi iOS 12 atau terbaru serta model iPhone dan iPad yang dilengkapi dengan teknologi TrueDepth camera (iPhone X, iPhone XR, iPhone XS/XS Max, iPad Pro 11 inci dan iPad Pro 21.9 inci).

Sumber: BGR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress