Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
logo firefox

Aplikasi Pelayar Firefox Kini Berusia 15 Tahun

Diterbitkan November 10, 2019 · Dikemas kini November 10, 2019 oleh ariff bukhari

Pertama kali Firefox dilancarkan adalah pada 9 November 2004.

Jika anda adalah pengguna tegar, kipas susah mati pelayar Firefox, anda pastinya tidak terlepas meraikan ulang tahun ke-15 aplikasi pelayar tersebut pada 9 November baru-baru ini.

Firefox versi pertama (1.0) pertama kali dilepaskan secara rasmi kepada pengguna adalah pada 9 November 2004 dahulu, 2 tahun selepas versi beta di bawah nama projek “Phoenix” ditawarkan kepada pengguna umum.

The only glow up that matters. 🎂 pic.twitter.com/19e4AXkXfS

— Firefox 🔥 (@firefox) November 9, 2019

Sejak daripada itu, pembangunnya, Mozilla telah menambah baik pelayar tersebut setiap tahun. Dari segi rekaan logo hinggalah ciri-ciri terbaru yang dimuatkan dalam pelayar Firefox.

Aplikasi Pelayar Firefox Kini Berusia 15 Tahun

Sepanjang 15 tahun ini juga, Firefox turut berdepan dengan pelbagai cabaran yang antaranya adalah ia pernah disabotaj oleh Google dan cabaran mengekang eksploitasi penggodam terhadap ciri keselamatan pelayar tersebut.

Kini, Firefox merupakan antara pelayar terpantas dan terbaik yang ada ditawarkan kepada pengguna menerusi versi terbaru Firefox Browser v70.0.1.

firefox browser 70

Selain Firefox Browser, Mozilla turut menawarkan pelbagai versi pelayar lain yang masih dalam peringkat pembangunan untuk dicuba oleh pengguna seperti Firefox Browser Developer Edition, Firefox Beta dan Firefox Nightly.

Selamat menyambut ulang tahun ke-15 Firefox.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY