Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPERA GX

Aplikasi Opera GX Kini Ditawarkan Untuk Pengguna macOS

Diterbitkan Disember 12, 2019 oleh ariff bukhari

Pelayar permainan pertama di dunia kini hadir ke platfom Mac.

Pembangun aplikasi pelayar Opera hari ini mengumumkan pelayar Opera GX kini ditawarkan secara rasmi kepada pengguna macOS.

Opera sebelum ini menyatakan bahawa pelayar Opera GX merupakan aplikasi pelayar permainan pertama di dunia.

Ia merupakan aplikasi pelayar yang dilengkapi dengan ciri tetapan khusus bagi membolehkan pemain tegar permainan atas talian membuat tetapan yang membolehkan mereka bermain permainan secara strim dengan lancar serta pada tahap prestasi dan kualiti visual terbaik.

Pelayar Opera GX Kini Dengan Ciri ‘Network Limiter’

Antara ciri utama Opera GX adalah ‘Network limiter’ yang dapat meningkatkan prestasi permainan atas talian serta servis penstriman pengguna khusunya jika mereka menggunakan rangkaian yang perlahan.

Ia juga dilengkai dengan panel yang membolehkan penggunanya menetapkan limitasi pengguna RAM serta kuasa cip pemprosesan komputer.

Tidak sepertimana aplikasi pelayar lain yang biasanya menggunakan kapasiti RAM yang tinggi, panel tetapan Opera GX membolehkan pengguna mengawal sepenuhnya limitasi penggunaan kuasa ke atas pelayar tersebut.

Pelayar Opera GX pertama kali dilancarkan pada Jun 2019 lalu dan buat masa ini menyokong platfom Windows dan macOS sahaja. Ia boleh dimuat turun secara percuma terus dari laman rasmi Opera GX.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY