Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MyTrace Kini Sudah Ditawarkan Kepada Pengguna

Aplikasi MyTrace Kini Sudah Ditawarkan Kepada Pengguna

Diterbitkan Mei 2, 2020 oleh ariff bukhari

Hanya untuk pengguna peranti Android sahaja buat masa ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan aplikasi kontak yang dikenali sebagai MyTrace.

MyTrace adalah sebuah aplikasi pintar pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan pihak Kementerian Kesihata Malaysia (KKM) mengesan individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti COVID-19.

Aplikasi ini memanfaatkan teknologi sambungan tanpa wayar `Bluetooth‘ di mana ia membolehkan telefon pintar pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.

MyTrace mengumpul maklumat nombor telefon yang telah dirahsiakan (anonymized) dan TIDAK mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna.

MyTrace dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan.

Ia sudah pun mula ditawarkan kepada pengguna peranti Android sahaja yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau HUAWEI AppGallery.

Bagi pengguna iOS pula, aplikasi MyTrace hanya akan ditawarkan dalam tempoh terdekat ini di App Store.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai MyTrace dan bantuan teknikal, emelkan kepada [email protected].

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY