Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi google untuk desktop_2

Aplikasi Google Versi Desktop Kini Tersedia Untuk Pengguna Windows

Diterbitkan April 15, 2026 · Dikemas kini April 15, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas melalui fasa ujian tahun lalu, Google kini melancarkan aplikasi Google untuk desktop yang boleh digunakan oleh pengguna Windows di seluruh dunia. Aplikasi ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan menyokong PC dengan Windows 10 atau lebih baharu.

Ia turut membawa pengalaman Google Search terus ke desktop dengan integrasi AI Mode terbina, membolehkan pengguna bertanya pelbagai soalan dan menerima jawapan berasaskan AI bersama pautan ke web.

Melalui pintasan papan kekunci Alt + Space, pengguna boleh membuka bar carian dengan segera untuk mencari maklumat daripada web, fail dalam komputer, aplikasi yang dipasang serta fail di Google Drive. Hasil carian pula disusun dalam beberapa paparan seperti AI Mode, All, Images, Videos dan News.

Aplikasi Google Versi Desktop Kini Tersedia Untuk Pengguna Windows

Selain itu, ciri perkongsian skrin membolehkan pengguna memilih tetingkap tertentu atau keseluruhan skrin untuk terus berinteraksi dengan AI tanpa perlu menukar aplikasi.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/04/15083129/Google_iGA_DGA_Windows_Web_1920x1080.mp4

Turut disertakan ialah sokongan Lens yang membolehkan pengguna mencari apa sahaja yang dipaparkan pada skrin termasuk menterjemah teks, mengenal pasti imej atau mendapatkan bantuan berkaitan tugasan.

Dengan integrasi ini, pengalaman menggunakan Google Search kini menjadi lebih pantas dan lancar terus dari desktop.

Pengguna yang berminat boleh memuat turun aplikasi ini melalui laman rasmi Google.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Google Tambah Tab Menegak, Mod Bacaan Imersif Dalam Chrome
  • Google Tambah Ciri Kecemasan Baharu Dalam Gemini
  • Google Tambah Ciri 'Notebooks' Dalam Gemini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
©2026 WISER.MY