Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Find X8 Pro and Find X8 in Maison Kistune Phone Covers

OPPO Find X8 Akan Ada ‘Casing’ Maison Kitsuné

Diterbitkan November 14, 2024 · Dikemas kini November 15, 2024 oleh Rushsyafizal

OPPO mengumumkan kolaborasi istimewa bersama jenama gaya hidup Perancis, Maison Kitsuné. Melalui tema “Find Your Fox,” kolaborasi eksklusif ini memperkenalkan selongsong (casing) telefon edisi terhad dan hias latar hidup yang direka khas untuk siri OPPO Find X8.

Find X8 Pro with Box 16_9
Find X8 with Box 16_9

Kolaborasi ini menawarkan dua pilihan selongsong telefon OPPO x Maison Kitsuné yang unik. Selongsong untuk OPPO Find X8 dihiasi dengan kolaj logo ikonik fox Maison Kitsuné, manakala versi OPPO Find X8 Pro menampilkan garis menegak elegan dan berfungsi sebagai pemegang telefon dengan gantungan kunci fox yang ikonik.

Kedua-dua selongsong ini dilengkapi dengan cincin magnet untuk menyokong ciri pengecasan tanpa wayar siri OPPO Find X8. Setiap selongsong disertakan dalam kotak hadiah yang direka khas oleh Maison Kitsuné dan boleh didapati dalam kuantiti terhad mulai 30 November 2024 di Malaysia. Pengguna boleh mendapatkan selongsong ini secara percuma dengan pembelian OPPO Find X8 atau OPPO Find X8 Pro di OPPO Brand Stores dan TikTok OPPO.

Maison Kitsuné turut mencipta hias latar hidup eksklusif untuk pengguna siri OPPO Find X8. Terhad kepada 2,000 muat turun global, wallpaper ini boleh didapati di aplikasi OPPO Theme Store mulai 25 November hingga 5 Disember 2024 dengan carian “OPPO x Maison Kitsuné.”

Siri OPPO FindX8 kini boleh diprapesan di semua OPPO Brand Stores, My OPPO Space, dan platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, serta TikTok Shop, dengan tempoh eksklusif dari 11 hingga 29 November 2024 yang menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,214.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Pizza Hut Perkenal PIZZAWRMR, Pemanas Piza Guna Haba PlayStation 5
  • Letusan Gunung Berapi Lewotobi Jejaskan Sejumlah Penerbangan AirAsia
  • Samsung Melancarkan Wallpaper 4K Generatif Yang Diperibadikan Pada TV AI
  • BYD Sealion 7 Dilancarkan, 2 Varian Ditawar Dengan Harga Bermula RM183,800

Sumber: Siaran media OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY