Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pizza Hut Perkenal PIZZAWRMR, Pemanas Piza Guna Haba PlayStation 5

Pizza Hut Perkenal PIZZAWRMR, Pemanas Piza Guna Haba PlayStation 5

Diterbitkan November 14, 2024 oleh Rushsyafizal

Pizza Hut Canada baru sahaja memperkenalkan PIZZAWRMR, satu inovasi unik yang menggunakan haba dari konsol PlayStation 5 untuk memastikan piza anda kekal panas ketika anda bermain.

Walaupun ia bukan produk jualan atau hadiah, Pizza Hut telah menyediakan fail sumber pencetakan 3D secara percuma untuk peminat mencetak dan memasang PIZZAWRMR sendiri.

Pizza Hut Perkenal PIZZAWRMR, Pemanas Piza Guna Haba PlayStation 5
Pizza Hut Perkenal PIZZAWRMR, Pemanas Piza Guna Haba PlayStation 5
Pizza Hut Perkenal PIZZAWRMR, Pemanas Piza Guna Haba PlayStation 5

PIZZAWRMR direka untuk diletakkan di atas PS5 dan menggunakan udara panas yang keluar dari konsol untuk memanaskan kotak pizza di atasnya. Reka bentuknya terinspirasi daripada bumbung merah restoran Pizza Hut, lengkap dengan penutup yang boleh dibuka untuk memudahkan akses ke piza. Menurut panduan pemasangan, PIZZAWRMR boleh memuatkan beberapa keping piza dan sesuai untuk konsol dengan ventilasi belakang berukuran 11.7 x 1.31 inci.

Fail yang boleh dimuat turun termasuk fail STL dan panduan PDF, menyediakan komponen seperti badan, penutup, manifold, dan tapak yang sesuai. Pizza Hut mencadangkan pengguna memasukkan dulang aluminium berukuran 34 x 23 x 2.5cm dalam PIZZAWRMR untuk mengelakkan serpihan atau minyak terkena konsol. Fail ini direka untuk pencetak 3D dengan ukuran tempat tidur sekurang-kurangnya 15 x 15 inci, seperti Elegoo Neptune 4 Max atau Prusa XL.

Walaupun kelihatan luar biasa, ini bukan kali pertama syarikat makanan segera terlibat dalam dunia gaming. Pada tahun 2020, KFC memperkenalkan KFConsole dengan laci pemanas ayam goreng.

Pizza Hut berharap dapat membawa pengalaman gaming dan makanan ke tahap baharu, memberikan peminat konsol cara kreatif untuk menikmati makanan panas sepanjang sesi gaming mereka.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • WhatsApp Akan Mudahkan Hantar Banyak Gambar Dengan Ciri Baharu Ini
  • Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11
  • Sukan SEA 2025 Thailand, Mobile Legends Sah Akan Dipertandingkan
  • Netflix Naikkan Harga Langganan Di Malaysia

Sumber: tomshardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY