Google AI Studio bakal hadir sebagai aplikasi mudah alih untuk Android dan iOS, dengan ketersediaan di Google Play Store dan App Store bermula 1 Julai 2026.
ai studio mobile: build your ideas, wherever you are
coming soon to an app store near youhttps://t.co/DbfloI19Xb pic.twitter.com/rHDCHDi2DQ
— Google AI Studio (@GoogleAIStudio) May 20, 2026
Google memaklumkan aplikasi mudah alih ini merupakan “rakan lengkap” kepada versi webnya yang membawakan pengalaman mod pembangunan penuh (full build-mode) terus ke telefon pintar.
Ia membolehkan pembina, pembangun dan pencipta untuk membina prototaip idea, menguji prompt menggunakan model Gemini, mengubah suai kod (iterate on code), melihat pratonton (preview builds), mengambil inspirasi daripada galeri aplikasi (remix apps), serta membangunkan aplikasi berasaskan web yang berfungsi sepenuhnya secara terus dari peranti iOS atau Android.
You'll be able to build the exact same apps and see all of your web apps you built in AI Studio in the app as well, but we are making sure this is a great mobile-first experience, so some things will be different.
— Ammaar Reshi (@ammaar) May 21, 2026
Semua ruang kerja akan diselaraskan secara automatik antara aplikasi mudah alih dan akaun berasaskan web, membolehkan draf yang dimulakan di telefon diteruskan semula di komputer tanpa sebarang gangguan.

Menjelang pelancaran, Google turut membuka pradaftar di Google Play dan prapesan Apple App Store untuk pengguna yang mahu menjadi antara yang terawal mencuba aplikasi mudah alih ini.
{suggest}
