Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Memindahkan Senarai “Contact” iPhone Kepada Android

Aplikasi Gmail Kini Menyokong Tema Gelap Di Peranti Android Dan iOS

Diterbitkan September 25, 2019 oleh ariff bukhari

Hanya untuk pengguna Android 10 dan iOS 11, 12 dan 13 sahaja.

Jika anda memiliki model terbaru telefon pintar Android atau memiliki peranti iOS yang menggunakan versi iOS 11, 12 dan 13, anda sudah boleh mengaktifkan tema gelap bagi aplikasi Gmail.

Google memaklumkan, kemas kini terbaru aplikasi Gmail sudah pun dilepaskan kepada para pengguna Android dan iOS hari ini. Bagi mengaktifkan tema gelap bagi aplikasi Gmail di peranti Android, pengguna perlulah menaik taraf sistem operasi peranti mereka dahulu kepada versi Android 10.

Tema gelap aplikasi Gmail secara automatik akan diaktifkan apabila tetapan mod gelap di peranti Android 10 diaktifkan. Atau anda boleh aktifkan mod gelap menerusi tetapan pada aplikasi Gmail.

Manakala bagi pengguna peranti iOS pula, tema gelap aplikasi Gmail boleh diaktifkan pada versi iOS 11, 12 dan 13. Untuk iOS 11 dan 12, pengguna boleh mengaktifkan tema gelap aplikasi Gmail dengan mengaktifkan tetapan tersebut di bahagian Settings > Dark Theme.

Sementara bagi iOS 13, tetapan tema gelap iOS boleh diaktifkan di dalam Settings peranti dan secara automatik aplikasi Gmail akan turut dipaparkan dalam mod gelap iOS.

Kepada para pengguna yang masih belum dapat mengaktifkan tema gelap Gmail, mereka perlulah mengemas kini aplikasi Gmail kepada versi terbaru dan menggunakan sistem operasi terbaru pada peranti mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY