Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
app ghosty

Aplikasi Ghosty Yang Membolehkan Pengguna Instagram Mengintip Akaun Pengguna Lain Dibuang Dari Play Store

Diterbitkan November 20, 2019 · Dikemas kini November 20, 2019 oleh ariff bukhari

Aplikasi ini amat popular dikalangan pengguna yang suka ‘stalk‘ akaun pengguna Instagram.

Google telah mengambil tindakan terhadap aplikasi kontroversi, Ghosty dari Play Store mereka. Ia tidak lama selepas laporan tentang aplikasi tersebut yang amat popular dikalangan pengguna Instagram bagi mengintip akaun pengguna Instagram.

Aplikasi Ghosty mula ditawarkan di Play Store sejak April lalu dan telah dimuat turun lebih daripada 500,000 kali sejak ia mula ditawarkan.

ghosty appAplikasi yang memiliki ciri intip memang tidak dibenarkan kerana ia menyalahi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Google.

Jadi, tidak menghairankan ia dibuang dengan segera oleh pihak Google dari Play Store,

Sebelum ini, Apple juga telah membuang aplikasi yang bercirikan sama seperti Ghosty iaitu Like Patrol dari App Store kerana didapati melanggar polisi dan cara pengumpulan data yang ditetapkan mereka.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY