Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi “Find My AirPods” Dalam iOS 10.3 Beta

Aplikasi “Find My AirPods” Dalam iOS 10.3 Beta

Diterbitkan Januari 25, 2017 oleh Helmi Samsuri

Memiliki sepasang wireless earphone bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika ia berharga RM849 sepasang. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku, Find My iPhone di dalam iOS 10.3 beta ditambah dengan ciri Find My AirPods.

Memetik berita dari PocketNow, Apple menambah AirPods pada senarai peranti mereka di dalam aplikasi tersebut. Umum sudah maklum mengenai fungsi Find My iPhone yang mana ia akan membantu pengguna untuk mendapatkan kembali peranti iOS mereka yang hilang. Berfungsi sama seperti peranti yang lain, pengguna boleh membunyikan AirPods yang hilang sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

find-my-airpods-credit-wsj-apple-1000x563

Selepas itu, lokasi AirPods akan dipaparkan di skrin iPhone. Lokasi tersebut bergantung kepada GPS iPhone dan ia akan menunjukkan kawasan terakhir ia bersambung dengan AirPods. Walaupun kelihatan bukan seperti jalan penyelesaian yang terbaik, ciri ini sekurang-kurangnya dapat membantu mengecilkan sedikit kawasan pencarian ditambah dengan fungsi bunyi yang dikeluarkan AirPods.

Find My AirPods diaktifkan secara automatik jika anda memasang iOS 10.3 versi beta pada iPhone anda. Buat masa sekarang ia hanya dikeluarkan untuk kegunaan pemaju dan dijangka versi beta dikeluarkan tidak lama lagi.

Sumber:PocketNow

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY