Merupakan sebuah start up, Clearview dilaporkan telah berjaya membangunkan sebuah aplikasi yang mendapatkan informasi hanya dari gambar. Menurut laporan dari The New York Times, carian gambar dalam aplikasi itu akan melalui proses perbandingan dengan pangkalan data yang terkandung dengan lebih dari 3 bilion foto.
Jika carian dalam aplikasi sepadan, ia akan memaparkan dimana gambar-gambar tersebut pertama kali dimuat naik beserta dengan pautan. Walaupun hanya membuat carian dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta akaun sosial, sesetengah berpendapat ia boleh disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Difahamkan lagi, aplikasi ini sudah sedia digunakan oleh pihak FBI dan penguatkuasa di Amerika Syarikat. Kegunaannya ketika ini lebih kepada penyelesaian kes-kes jenayah seperti curi hinggalah pembunuhan. Ia tidak ditawarkan kepada umum, namun pegawai polis dan pelabur di Clearview berfikiran perkara itu akan berlaku pada masa hadapan.
Sumber: The New York Times,Cnet, Clearview AI
Berkaitan
- Ura-ura iPhone 2020 - Takuk Lebih Kecil Dan Skrin Lebih Besar Dari 6.5 Inci
- Imej Spesifikasi Snapdragon 735 Dikatakan Mula Tersebar
- Harga Jualan Mi 9T Pro Dipotong RM200
- GIGABYTE Bawa Masuk Laptop Aero 15 Classic Dan Aorus Untuk Pasaran Malaysia
- DxOMARK Sudah Uji 31 Buah Telefon Pintar Sepanjang 2018
- ASUS Lancar VivoBook S14 Dan S15, Rekaan Nipis Dengan Warna Menarik
- Empat Perbezaan Antara Mi A1 dan Mi 5X Yang Perlu Anda Tahu
- Sekuriti Lemah Menjadikan IOS 10 Mudah Di Godam
- Ansara Buka Pendaftaran Pangkalan Data E-Sports
- SKMM Sangkal Dakwaan Merakam, Merekod Panggilan Suara, Whatsapp