Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cimb octo_1

[Kemas Kini] Aplikasi CIMB OCTO Alami Gangguan Sementara

Diterbitkan Januari 22, 2025 · Dikemas kini Januari 23, 2025 oleh Amalina Athman

Kemas kini 23 Januari 2025, 8.40 pagi: Aplikasi CIMB OCTO kembali beroperasi seperti biasa.

We are pleased to inform that our CIMB Octo is operating as per normal.

Our customers may login to perform banking transactions.

Thank you for your patience.

— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) January 23, 2025


Kemas kini 22 Januari 2025, 8.00 malam: CIMB Bank memaklumkan bahawa terdapat peningkatan jumlah pengguna, yang menyebabkan akses kepada aplikasi CIMB OCTO terjejas sehingga artikel ini ditulis.

Sebagai alternatif, CIMB menyarankan pengguna untuk menggunakan laman web CIMB Clicks bagi melengkapkan transaksi perbankan.

Namun begitu, berdasarkan percubaan yang dilakukan, nampaknya SecureTAC masih dihantar melalui aplikasi CIMB OCTO – menyebabkan pengesahan transaksi gagal.

We are experiencing high volume of users, which may affect the experience for some customers on the CIMB Octo App.

As an alternative channel please use CIMB Clicks on Web to complete your banking transactions.

Thank you for your patience and understanding.

— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) January 22, 2025


Artikel asal: CIMB Bank hari ini memaklumkan bahawa aplikasi CIMB OCTO sedang mengalami gangguan sementara, yang menyebabkan sejumlah pengguna tidak dapat mengakses perkhidmatan itu.

Melalui tinjauan penulis, akses kepada perkhidmatan itu menjadi agak perlahan, dengan beberapa perkhidmatan seperti JomPay tidak tersedia buat masa ini.

It’s come to our attention that some of our customers are experiencing intermittence in the availability of the CIMB OCTO App.

We request our customers to perform your banking transactions later while we look into this matter.

Thank you for your support and understanding.

— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) January 22, 2025

Berikutan itu, CIMB menyarankan pengguna untuk menangguhkan transaksi perbankan, sementara pihaknya menyelesaikan permasalahan tersebut.

Bagaimanapun, CIMB buat masa ini tidak memaklumkan anggaran tempoh baik pulih bagi isu berkenaan, namun dijangka akan dipulihkan secepat yang mungkin.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Sejumlah Lagi Perkhidmatan Di Aplikasi CIMB Clicks Akan Beralih Ke CIMB OCTO
  • CIMB Biayai U Mobile Untuk Pelancaran Rangkaian 5G Kedua Negara

Sumber: CIMB Bank

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY