Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Adobe Creative Cloud Desktop Kini Berwajah Baru

Aplikasi Adobe Creative Cloud Desktop Kini Berwajah Baru

Diterbitkan Oktober 14, 2019 oleh ariff bukhari

Kini bukan sekadar untuk memuat turun dan mengemas kini aplikasi Adobe sahaja.

Jika sebelum ini, aplikasi Adobe Creative Cloud desktop lebih kepada memudahkan pengguna memuat naik dan mengemaskini aplikasi Adobe kepada versi terbaru, kini dengan versi terbaru aplikasi tersebut, ia adalah lebih daripada itu.

Adobe Creative Cloud desktop kini bukan sahaja untuk memuat turun atau mengemas kini aplikasi, tetapi juga menawarkan pelbagai fungsi lain kepada pengguna kreatif.

Aplikasi Adobe Creative Cloud Desktop Kini Berwajah Baru

Adobe menjadikannya lebih mudah untuk penggunanya mengakses kesemua aplikasi Adobe yang dilanggan serta turut menawarkan info aplikasi mengikut kategori, akses tutorial aplikasi serta terhadap projek-projek yang sedang dan telah dilaksanakan menerusi akses storan awan Adobe di bahagian Your Work.

Malah pengguna juga kini boleh mengakses pautan ke terus ke akaun Behance dan memuat turun font dari Adobe fonts menerusi aplikasi Adobe Creative Cloud desktop.

Aplikasi Adobe Creative Cloud desktop boleh dimuat turun secara percuma terus dari laman rasmi Adobe.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY