Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
web palsu maybank2u

Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan Segera Jika Tersalah Log Masuk Laman Web Palsu Maybank2U

Diterbitkan Februari 5, 2021 · Dikemas kini Februari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, tular mengenai laman web palsu Maybank2U yang menggunakan antara muka serta susun atur mirip seperti laman web asli Maybank2U. Sudah tentu, amat sukar untuk mengenalpasti laman web palsu apabila dalam keadaan tergesa-gesa dan sebagainya.

Kini, Maybank menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati. Berbanding mencari ‘Maybank’ atau Maybank2u’ melalui enjin carian, pengguna disarankan menaip terus URL maybank2u.com.my pada pelayar untuk lebih selamat. 

(02/04)
Kami menasihatkan anda agar berhati-hati dan sila layari laman web kami dengan menaip https://t.co/DClrIiFmpj pada pelayar. pic.twitter.com/gqprviBpVc

— Maybank (@MyMaybank) February 5, 2021

Sementara itu, jika butiran log masuk Maybank2u telah didedahkan di laman web palsu secara tidak sengaja, anda diminta untuk menghubungi pihak Maybank dengan segera melalui talian 03-5891-4744.

Sebagai langkah lain, anda juga boleh menukar nama pengguna dan kata laluan yang digunakan sebelumnya.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY