Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Serupa Tapi Tak Sama, Hati-Hati Dengan Laman Web Palsu Maybank2U

Serupa Tapi Tak Sama, Hati-Hati Dengan Laman Web Palsu Maybank2U

Diterbitkan Februari 1, 2021 · Dikemas kini Februari 1, 2021 oleh Amalina Athman

Pengguna kini disarankan untuk berhati-hati dengan laman web yang dipercayai menyamar sebagai laman web Maybank2U.

Laman web dengan pautan “https://campaignmay2u.com/” tersebut menggunakan antaramuka (interface) serta susun atur yang sama seperti laman web asli Maybank2U.

maybank ori
Laman web sebenar Maybank2U
maybank phishing
Maybank palsu

Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan di mana tiada pengesahan kata kunci keselamatan yang perlu disahkan sebelum memasukkan kata laluan.

Oleh itu, pengguna diminta untuk memastikan pautan yang diakses adalah betul sebelum meneruskan proses log masuk. Ia bertujuan bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti maklumat peribadi yang terdedah termasuk nama pengguna serta kata laluan.

Akses laman web Maybank2U yang betul boleh dilakukan melalui pautan https://www.maybank2u.com.my/.

Sumber rujukan: Azizul Osman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY