Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setel Kedai Mesra

Apa Yang Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi Setel Di Kedai Mesra?

Diterbitkan Disember 17, 2020 · Dikemas kini Disember 17, 2020 oleh Amalina Athman

Setel merupakan aplikasi e-dompet pertama yang dibangunkan untuk kegunaan ketika mengisi minyak di stesen minyak Petronas.

Jika anda tertanya apa lagi yang boleh dilakukan melalui aplikasi Setel, berikut adalah antara yang ditawarkan pada aplikasi ini.

Guna Setel di Kedai Mesra

Menerusi aplikasi Setel, anda boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran tanpa tunai di lebih 800 Kedai Mesra terpilih seluruh negara. Pengguna juga boleh mendapatkan mata ganjaran dengan 1 mata setiap RM1 yang dibelanjakan di Kedai Mesra terpilih.

Apa Yang Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi Setel Di Kedai Mesra?

Hampir sama seperti e-dompet yang lain, pembayaran boleh dilakukan melalui imbasan Kod Bar yang tertera. Setiap pembelian yang dilakukan juga boleh disemak semula melalui aplikasi ini.

Senarai lokasi Kedai Mesra terpilih boleh disemak melalui pautan ini.

Deliver2Me

Deliver2Me merupakan pembelian secara drive-thru. Namun berbezanya, pembelian barangan terpilih di Kedai Mesra boleh dibuat melalui aplikasi dan pesanan akan dihantar ketika anda mengisi minyak.

Setel Kedai Mesra
Langkah pembelian menggunakan Deliver2Me

Dengan itu, pengguna tidak perlu mencari tempat letak kereta atau berjalan ke Kedai Mesra dan beratur untuk membuat pembayaran. Pembelian melalui Deliver2Me juga boleh menerima mata ganjaran yang sama seperti di Kedai Mesra.

Pada masa ini, Deliver2Me tersedia di lebih 30 stesen Petronas di Lembah Klang dan pembelian melaluinya boleh dibuat pada 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari.

Tebus Mata Ganjaran

Setel Kedai Mesra

Mata ganjaran Mesra yang telah dikumpul juga boleh ditebus melalui Setel. Antaranya termasuk makanan, minuman daripada Baskin Robbin, Dunkin’ serta peranti termasuk Google Nest Mini, Honor Digital Body Scale, barangan Direct D dan sebagainya.

Muat turun aplikasi Setel boleh dilakukan melalui Google Play Store, App Store Huawei App Gallery.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY